23 July 2017

TELUR AYAM KAMPUNG SAIZ KECIKK

ASSALAMUALAIKUM...

telur ayam

cuti weeekends macam ni pun memang rasa tak ada sangat sebab orang busy bonding time with family kan. Wani pun macam tak tahu nak cerita apa kat korang semua..kejap belek folder phone kot ada gambar yang boleh bercerita sikit.. macam nilah .. nasib kalau tengok gambar baru rasa nak bercerita.. kalau tak ada gambar langsung, alamatnya terkubur macam tu lah blog... 😭😭

Kat rumah memang ada bela ayam kampung, sebab bonda wani dia suka bela ayam sejak kecil lagi, ayam itik dah jadi mainan dia zaman kecik lagi hii..sampai la umur sekarang ni kan..dari zaman tinggal rumah lama dan pindah rumah ke kampung lain, ayam tetap kena bela jugaks.. 😂.  kita tak boleh halang benda dah dia minat, nak buat macam mana.. dia cakap tenang fikiran tengok ayam itik,, kucing wani tak bela kat rumah,, sebab abah bukan peminat kucing haaa.. bela sekali memang boleh kena bebelan 🤣🤣. 

Jiran sebelah rumah wani lagi la..semua jenis baka ayam ada,  ada ayam api, ayam yang baka bulu gebushhh tu, angsa, dulu nampak itik serati,, sekarang macam tak ada dah.. yang baru ni dah ada biri - biri 2 ekor.. kiranya unggas dalam satu kawasan.. .. tak apalah laman rumah dia luas,, nak kata serabut mata tu pun tak lah,, sebenarnya haiwan - haiwan kiranya kita sendiri pun tenang tengok.. betul tak. Ke ada yang tak setuju...



Cuma masalahnya sekarang,, kalau ayam bertelur memang tak lekat dalam sarang kalau terlambat ambil, kata bonda wani.. .sebab nya pencurinya monyet... monyet zaman sekarang dah makan telur, dulu tak makan.. 😭😭... kejam punya monyet,, nasib tak ada anak ayam, sebab sekarang ni memang bonda tak bagi mak mak ayam mengeram, ambil telur jerrr sekarang.. 😃

Bercakap pasal telur ni kan, ada sekali bonda wani terjumpa telur paling kecik,, wani rasa kecik lagi dari telur puyuh.. macam comel jerrr.. bulat kecik camni. 😃😃😃.. tak tahu ada kuning telur ke tak dalam tu.. ..telur ayam kampung ni mahal kalau jual.. ..

 Maaf lah bercakap pasal telur ayam dengan korang semua..hiii.. kot lah ada yang tak pernah tengok telur saiz kecik camni... telur ayam belanda pernah tengok tak.. wani ni nasib bonda jenis suka bela ayam.. kalau tak memang tak tahu lah telur itik camni, telur angsa camni, telur ayam belanda camni,, haaa. baru - baru ini ,bonda wani ada buat telur masin dengan telur ayam belanda.. 😱😱😱.. nanti lah entri lain kita cerita... 




Komen
4 Komen

4 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Keciknya telur tu.. Untung wani..

Intan Saffyna said...

cutenya telur.. hehe susah nak jumpa kecik macam tu kan..

Lea Azleeya said...

Uikkk.. kecik bebenooo telur ayam tu.. unik..

nini said...

Kecik betul la telur tu...sy tak pernah tengok pon sebelum ni =)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign