TART NENAS GULUNG

ASSALAMUALAIKUM....


Salam semua...

dah 27 ramadan hari ni.. rasa hari ni pun dah ada yang balik kampung..mudah-mudahan Allah memudahkan setiap perjalanan dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

Dah agak lama tak buat tart nenas ni tahun lepas tak buat pun..entah nape mood nak buat tart nenas memang merudum.. Mungkin faktor yang banyak kerja dan memerlukan kesabaran yang tinggi dan pengorbanan masa hii.. tart nenas memang salah satu cookies yang cepat habis.. Nape la ya dan lagi satu yang cepat famous.sebelum ni wani buat resepi yang ada bahan letak susu tepung dan kali ini buat ambil resepi tak letak susu tepung. Saja nak cuba resepi lain.. Macam macam resepi biskut tart nenas ni.. Yang letak minyak sapi pun wani suka jugak..ingat makcik wani suka buat tart nenas guna minyak sapi ni dan ada setengah tak suka sebab bau minyak sapi.. Apapun tart nenas memang sentiasa di hati. Di antara tart nenas gulung dan open tart, wani lebih suka yang gulung sebab senang, wani malas betul nak main terap terap nih. :D

Jem nenas lebih suka buat sendiri berbanding beli dekat kedai yang oversweet.. Homemade nih kita boleh suairasa nak letak gula banyak mana. Kali ini blender jer nenas..ingat dulu main sagat jugak.. Tak terfikir nak blender pun alahai.. Kalau beli nenas yang dah manis tak payah la letak gula.wani guna 2 biji nenas sederhana nampak macam sikit bila dah kering tapi buat untuk satu adunan resepi ni memang banyak lagi lebihan jem nenas.. Sikit sangat dapat..2 loyang sekali dapat.. Huu kena repeat balik lagi la nampaknya

Resepi ni lagi satu a keeper tak letak susu tepung pun masih rapuh, cair di mulut. Suka dengan tekstur cookies ni.tak letak glazing sebab nak cepat..semuanya nak cepat hiii.. So tart nenas ni tak nampak berkilat sikit. resepi ni dah wani olah kalau nak tengok resepi asal boleh klik kat sumber kat bawah ya. 


TART NENAS GULUNG 
SUMBER: CHRISTINES RECIPES

BAHAN-BAHAN UNTUK PASTRY

250gm butter
50gm gula halus
1 biji kuning telur
280 gm tepung gandum
80gm tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard

BAHAN-BAHAN UNTUK FILLING

2 biji nenas lebih kurang 1600gm, disagat
250 gm gula
2 kuntum bunga cengkih ( optional )
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis (optional )

UNTUK GLAZING

1 biji telur kuning telur

CARA-CARA UNTUK BUAT FILLING

1. filling ni boleh buat awal.  blender nenas dan sejat kejap dalam penapis biar air keluar sikit
2. keringkan air nenas dalam periuk nasi ( masukkan parutan nenas dan tudung bagi ia mendidih lagi  supaya air nenas tu cepat kering tapi sekali sekala kacau takut hangit )
3. nanti jem nenas tu hampir kering baru boleh masukkan gula ( kalau masukkan gula terlalu  awal jem nenas tu akan jadi bertukar warna terlalu gelap ) kacau sampai lagi kering. nak masukkan gula agak-agak la ya ... ikut kemanisan yang disukai.

NOTA:  tukar kaedah keringkan air nenas dalam periuk nasi kalau malas nak main kacau atas dapur 
              kalau pandai pilih nenas tak payah letak gula pun tak apa.hanya keringkan air nenas dan jadikan      filling                    


CARA-CARA UNTUK BUAT PASTRY

1. ayak tepung gandum, tepung jagung dan kastard. putar butter, gula halus sampai creamy dan gebu.masukkan kuning telur dan putar lagi sehingga sebati.(jangan terlebih putar).kaup balik dengan tepung yang telah diayak sehingga menjadi doh.
2. simpan dalam peti sekejap dalam 30 minit.
3. guna acuan roll tart dan tekan letak filling dan gulung.siap
4. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam 20-25 minit atau sehingga kat bawah tu keperangan sikit,  bergantung tahap suhu oven masing-masing.


Post a Comment

Previous Post Next Post