09 October 2017

#MYCYBERSALE 2017 KEMBALI LAGI || JOM DAPATKAN BARANGAN DARI QUIRKY

ASSALAMUALAIKUM...

#mycybersale 2017

salam semua..

#MYCYBERSALE 2017 Malaysia's Biggest Online Shopping Sale is back... suka tak korang semua.. .yang mana yang shopaholic tu mesti suka kan.. atau dah lama tertunggu - tunggu ke ?. ini kali ke 4 #MYCYBERSALE telah dianjurkan sejak dari tahun 2014 lagi.. dan kali ini untuk tahun 2017, online  shopping event besar- besaran ini akan bermula pada 9 Oktober sehingga 13 Oktober ini. jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan diskaun yang hebat untuk barang - barang yang hebat.

Apa yang istimewa dengan #MYCYBERSALE 2017 ?



buat korang yang masih tak tahu tentang #MYCYBERSALE ini, ia disertai oleh banyak syarikat -syarikat yang menjual barang atas talian seperti LAZADA, ZALORA,11STREET dan banyak lagi..e-commerce platform yang join #MYCYBERSALE ini. mesti korang teruja kan..

#MYCYBERSALE adalah usaha peringkat kebangsaan oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)

Disebabkan sekarang ini, trend pembelian atas talian oleh pengguna meningkat, jadi tidak hairan lah, zaman sekarang ini , hanya klik - klik, barang akan sampai rumah.. mudah kan.. jimat masa dan tenaga..


Barangan Dari Quirky 

Bersempena untuk jualan #MYCYBERSALE kali ini, wani telah  menerima barangan dari Quirky. teruja pulak tengok barang semua ini, sebab nampak unik lain dari yang lain. dan macam tak sabar pulak nak guna.. :D.golongan mak- mak moden ni mesti suka.:D

kali ini wani nak bawa korang semua ke satu laman web yang best untuk shopping kitchen dan baking gadgets.. seperti mana yang wani dapat ke semua item di atas. masuk laman web DHAUSE.COM. dan klik QUIRKY,  korang akan teruja  tengok ke semua kitchen gadgets yang ada,  sekiranya korang memang peminat gadgets  macam ni mestilah suka kan.. memudahkan kerja kita di dapur serta menambahkan koleksi yang ada hii..sudah tentu perkataan tambah "koleksi" tu memang wajib..

1. Quirky Ventu ( Colander + serving Bowl )



Berkenan wani tengok mangkuk yang cantik,nampak elegan kan..  mangkuk ni serba guna ya. sebab bawah dia boleh buka dan kita boleh jadikan mangkuk ini kalau untuk penyediaan makanan seperti basuh sayur ke, atau nak sejatkan macam-macam seperti pasta ke. memang serba guna.

dan sekiranya korang nak jadikan mangkuk ni sebagai mangkuk hidangan, hanya perlu masukkan dan kemaskan bahagian bawah dan jadi tak perlu nak menghidang dalam mangkuk lain.. design pun dah cantik memang sesuai untuk letak atas meja hidangan . berfungsi 2 dalam 1. penyelesaian yang mudah.

jangan risau mangkuk ni bukan kaca nampak macam kaca kan, tapi diperbuat daripada melamine. material mangkuk ni adalah plastik.

2. Quirky Pluck ( Egg Separator )



wani biasanya kalau nak asingkan telur, wani guna main tangan,itu pun berhati - hati dah tu nak asingkan putih telur dan kuning telur, kadang-kadang ada juga tersalah masuk kuning telur , memang agak leceh la, kalau yang jenis tak sabar macam wani ni.. kalau korang yang baker tu memang tahu perasaan macam mana bila nak asingkan telur ni, dah macam nak masuk test :D..

lepas dapat egg separator ni , lagi senang nanti kerja nak asingkan telur, tak adalah berdebar- debar macam dulu. sungguh, wani berdebar bila part nak asingkan putih dan kuning telur ni ..  hanya orang- orang yang tertentu jerr yang faham :D.

material yang diperbuat  daripada silikon dan plastik.Mudah jerr sekali kita picit, kuning telur dah masuk dalam.Dengan Quirky pluck egg separator, kerja lagi mudah. :)

3. Quirky Decorative Muffin Toppers



siapa yang pernah tengok acuan muffin macam ni sekali dengan slicone toppers ? menarik nya bagi wani.Lain dari yang lain..  dan tak sabar pulak nak test muffin toppers ni.. lagipun dah lama tak buat muffins.. wani dapat 6 kesemuanya dan menariknya muffin toppers ni colorful.. .

tunggu ya nanti wani akan share next entry ,macam mana guna muffin toppers ni..alahai tak sabar pulak. :D. untuk korang yang nak beli, tengok rajah di bawah macam mana cara nak guna muffin toppers ni..


Tawaran  Diskaun Sehingga 90 % 

Untuk pengetahuan semua,apa yang menarik di DHAUSE.COM ini, korang boleh dapatkan DISKAUN yang ditawarkan sehingga 90 %. .percaya tak?

Pastikan korang ambil peluang ini dah la tempoh masa hanya dalam 5 hari  sepanjang #MYCYBERSALE berlangsung.Jangan lupa ya, korang boleh klik SINI untuk dapatkan barangan dari Quirky..

WEBSITE 


jangan lupa layari website MYCYBERSALE  banyak lagi tawaran menarik yang disediakan dan juga berpeluang untuk join cabutan bertuah


Komen
7 Komen

7 comments:

Jueliza Jamani said...

bestnya barang niii

Erni Hasmiza said...

Gaji dah tinggal nyawa-nyawa ikan huaaaa tak sempat nak online shopping.

By the way, tag awak http://mija-blur.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html?m=1

Jemput singgah hehe

Noor Azlan said...

Banyak resepi boleh keluar lepas ni... dah ada banyak barang baru tu..

atiehilmi dot com said...

haa.. ni yang malas ni.. hahahaha~ asal sale jek, duit habis.. asal duit habis mesti dok membeli kat laman web murah2 cam ni..

nadhie wueen said...

Wow! kak wani bestnya tengok bekas muffin ni :D egg separator tu pun best. tak pernah reti camna nak asingkan telur. baguih la akak boleh buat guna tangan je. ni ha tak pernah buat. hehe.

Shubham Sahu said...

#MYCYBERSALE is back !!! Gile Gile because I always look forward to this. Not what the reason for the discount is that it is good and satisfying.

Lea Azleeya said...

alamak, best la yg asing telur tu.. cam nak beli gak je ni..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign