AYAM KUKUS IKAN MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

ayam kukus ikan masin

salam semua salam 23 syawal.sikit lagi berbaki syawal

blog ni 4 hari dah menyepi.. tak nak cakap panjang dah rasa.. lepas puasa ni ,macam dah back to normal routine dah hii..

oklah nak share entri hari ini, walaupun gambar ni dah lama hii..wani suka jugak ayam kukus, biasa perap dengan minyak bijan..ada lauk ni pun ok dah makan dengan nasi.. tapi yang ni kelainan sikit sebab letak ikan tenggiri masin. siapa suka makan ikan tenggiri masin..

best pulak buat macam ni.. makan pun bertambah nasi.. ikan tenggiri masin tu kena goreng dulu,, ni bukan ikan tenggiri yang dalam rendaman minyak tu ya. ni ikan tenggiri masin yang dalam plastik tu..

senang ya amat. suka lah menu simple macam ni. resepi tu tak kisah lah nak guna ayam bahagian mana pun yang ada secukup rasa tu memang kena letak secukup rasa tak boleh terlebih rasa hii.. dah macam iklan manggi pulak

kalau wani buat jenis ayam kukus macam ni .., just gaulkan tepung tu dengan ayam jerr sampai sebati,, tak tambah air, sebab nanti kukus air kukusan pun akan masuk dalam bekas tu.. jadi lah macam kuah..

kalau korang nak tambah air sikit pun apa salahnya .. berkuah lagi sedap.. sedap tau ya .. korang patut cuba.

Resepi Ayam Kukus Ikan Masin Mudah Dan Sedap 


Bahan - Bahan 

3 peha ayam  ( potong jadi ketulan )
50gm ikan masin ( potong jadi ketulan, digoreng )
2 sudu hirisan halia
garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
kicap cair dan kicap pekat secukup rasa
1 sudu teh tepung ubi  ( guna tepung jagung )
3 sudu besar air

Cara - Cara 

1. Gaulkan ke semua bahan dan perasa , perap selama 30 minit dan boleh kukus
2. Kukus dalam 20 minit tengoklah rasa macam ayam dah kecut dan masak bolehlah angkat.

11 Comments

  1. Mama tak pernah lagi masak menu ayam ikan masin

    Boleh cuba resepi wani

    Terima kasih ya

    ReplyDelete
  2. menarik laaa.. hehe.. x prnah rsa lg resepi ni,,

    ReplyDelete
  3. Tak gaduh ke ikan dengan ayam tu nanti? Hihi...

    ReplyDelete
  4. Belum pernah cuba lagi.
    Tentu sedap agaknya.

    ReplyDelete
  5. xpernah lgi rasa...boleh la cuba nnti...

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi cuba ni..
    sy skrg ni suka makan ikan masin yang rendam dalam minyak tu sedap...

    ReplyDelete
  7. Macam sedap ajer ni ...kena cuba ni

    ReplyDelete
  8. wahh menu baru ni ada ikan masin. macam sedap je

    ReplyDelete
  9. ermmm, mcm simple ja resepi ni 😍👍

    ReplyDelete
  10. Uish.. Macam menarik menunya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post