26 May 2017

WATERMELON SALSA || PEMBUKA SELERA

ASSALAMUALAIKUM

watermelon salsa

salam semua... 

Esok dah masuk puasa ya hari sabtu ni.. kalau bulan puasa ni memang selalu menu makanan yang menjadi dilema nak masak apa kan.. sama jugak nak buat kuih apa.. kuih- kuih ni wajib ada jugak sebab biasanya nak makan lepas moreh kan.. perut pun minta diisi.. .tak taulah wani tiba jerr bulan puasa macam buntu nak masak apa.. ye lah kita sorang dok fikir.

Wani kalau boleh nak kurangkan masa dok kat dapur.bulan puasa kan banyak lagi rasa aktiviti bermanfaat boleh buat, tapi kena masuk dapur jugak huu..kena fikir menu sepintas kilat.fikir lagi.. 😭😭

dah lama terlintas nak buat menu apptizer boleh jugak kan.. macam ni.. :D..kira pembuka selera makan buah dulu lah. yang penting suka yang simple.. lagipun sebenarnya wani memang peminat cilantro, ataupun daun ketumbar ataupun dipanggil chinese coriander... entah kenapa memang wani suka bau dari daun ketumbar ni... tak kisah masak apa menu yang melibatkan masuk daun ketumbar ni memang suka.. 

daun ketumbar ni kalau ikut kira banyak khasiatnya.. sebelum ni, ada pernah try sekali buat watermelon salsa ni.. nampak pelik sebab biasanya makan macam tu jerr kan.. tapi bila dijadikan resepi,, masuk selera jugak makan macam ni.. walaupun tak biasa makan bawang dengan tembikai hii  .. tapi masuklah.. asalkan jangan terlalu letak banyak bawang merah tu.. 

sedap tau, buat awal-awal lepas tu masuk dalam peti.. sesuai sangat dah nak jadi pembuka selera nak buka puasa nanti ..bahan-bahan sangat simple.. wani nak tunjuk sangat kat sini sebab bahan semua masih freshh. cilantro  pun hijau lagi.. jadi apa lagi ambil peluang :D. kalau cilantro dah nampak kecut . memang spoil mood nak ambil gambar.. hiii

kalau ikut kira resepi asal ada letak lada jalapeno kenal tak lada tu.. lada tu famous kalau kat negara cakap ala latin ni..,,, tapi wani memang tak letak lahh.. biasanya watermelon salsa macam ni mereka ada letak cili.. tak biasa pulak nak macam makan tembikai ala pedas macam tu .. rare kan,, :D.. kalau korang  nak cuba apa salahnya .. 

resepi asal di SINI


dalam mangkuk ni , tembikai yang dah dipotong sederhana besar.. tak potong ikut sama saiz,, potong suka hati jerrr


ini dia bahan- bahan yang mudah, ada daun ketumbar, wani guna 2 pokok jerr.. tak letak banyak sangat,, ada 2 biji limau nipis, yang ni nanti kita nak perah jus limau nipis,, dan lepas tu ada bawang merah. yang ni kalau ikut guna sikit jer lah tak lah terlalu bau bawang merah sangat.. wani pun guna sikit jerrr ni.. jus limau nipis ni ikut korang, kalau terasa nak masam, tambah lagi.. pandai-pandailah suai rasa ya..


ok , masukkan dalam bekas kesemuanya.. dah nampak ya kat atas tu nak suruh korang nampak. nanti letak lah garam secukup rasa,, jangan lupa perah jus limau nipis kat atas tu.. gula tak payah lah tembikai kan dah manis..

watermelon salsa

kemudian, gaul perlahan sampai sebati.. wahh colorful nampak hijau.. sekali tengok macam ada selit buat strawberry pulak kan.tapi tak ada lahhh hii


Sejukkan dulu sebelum makan, letak cling wrap kat atas baru masukkan dalam peti, sedap makan sejuk - sejuk.sesiapa nak cuba macam ni boleh cuba, wani tak tahu lah korang boleh masuk makan ke tak, tapi tekak aiii boleh masuk makan .. selamat mencuba 😁😁
Komen
3 Komen

3 comments:

Busyra Bt Takiyudin said...

busyra tak suka daun ketumbar. kalau letak dalam tomyam pun busyra tak makan. hehe.. tp resepi yg mnarik.. bagi sesiapa penggemar buah tembikai dan daun ketumbar pasti cuba. :)

nadhie wueen said...

Menarik jugak menu macam ni. tak pernah try

Shahida Dzulkafli said...

Macam menarik resepi nie.. mungkin boleh cuba nanti kalau rajin.. hehehe

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign